THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday 13 June 2008

Peritnya Hidup

Salam kembali,

Aku sempat ke klinik gigi tadi dah doktor mengesahkan gigi aku sihat macam aku. Tapi aku hairan masih rasa ngilu. Tak pe lah tahan je la sakit ini. Hari ini dalam sejarah aku telah menyertai satu perhimpunan aman di Kg.Baru.huhuhu...agak jahat aku yer... Sebenarnya aku saja nak merasai sendiri apa perasaan bila jadi cam 2. Best pun ada risau pun ada. ISA beb!!! jgn men2. Kekadang aku terpikir jugak apa yang diorang semua dan aku sekali cari dalam hidup ini. Dunia atau akhirat??? Dua-dua penting. Orang kata dunia akan lari bila kita dekat dengan dia. Aku setuju dengan kata-kata tu. Macam duit. Sebenarnya kita tak pernah rasa cukup walaupun gaji kita tinggi mana pun ada saja tak kena. Nak beli itu nak beli ini. Semuanya teringin. Sebab itu Imam Ghazali pernah bertanya pada anak murid dia apa yang paling besar dalam dunia. Jawapan dia HAWA NAFSU. Tepat sekali jawapannya. Kita tak akan berdaya melawan nafsu sekiranya tak cukup ilmu di dada dan tak kuat iman. Sebab 2 ramai org tak puasa, pantang tengok perempuan lawa, pantang bagi makan, gaji tak pernah cukup dan sebagainya. Semuanya berpunca dari nafsu. Nafsu adalah musuh kita sebenarnya. Ramai rakan-rakan aku yang tak dapat kawal nafsu termasuk aku sendiri.haha...dah janji ngan aku nak keluar beli barang ni tup...tup... dia keluar dengan awek plak. Nak jaga hati awek lagi dari kengkawan. tp tak pe la. aku nak buat cam na kan. Adat dunia. Itu nafsu la 2. Nafsu dengan awek. Dengan awek boleh ringan-ringan kekadang berat-berat pun boleh. Dah tak boleh nak buat apa dah. Hidup ini kekadang rasa macam tak adil je.hehe...Tapi aku bersyukur apa yang aku ada sekarang. Apa yang ada ok lah. Buat apa nak tamak. Tuhan dah atur hidup camni kenapa kita nak pertikai. Aku senang dengan hidup aku skg. Alhamdulillah.


"Belajarlah untuk berkata cukup."

0 comments: