THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday 22 June 2008

Mendabik dada

Kedah menang lagi dan berjaya mempertahankan piala FA. Masih ada lagi satu tugas belum selesai. Terbukti KEDAH mmg hebat. Kepada penyokong Selangor atau RED GIANT yang tak berapa nak giant tu tak yah la masih dibayangi kisah lama kononnya korang dah menang banyak kali. Tu semua cerita lama bro skang buku baru. Sememangnya fans-fans Selangor poyo macam fans "Setan Merah" atau Manchester United ****. Hahaha...Teruskan Azrai Khor bawa balik lagi satu piala. Azrai Khor hanyalah seorang cikgu sekolah tak seperti yang lain amik coach semua bekas player bola. Sengal.

Friday 13 June 2008

Peritnya Hidup

Salam kembali,

Aku sempat ke klinik gigi tadi dah doktor mengesahkan gigi aku sihat macam aku. Tapi aku hairan masih rasa ngilu. Tak pe lah tahan je la sakit ini. Hari ini dalam sejarah aku telah menyertai satu perhimpunan aman di Kg.Baru.huhuhu...agak jahat aku yer... Sebenarnya aku saja nak merasai sendiri apa perasaan bila jadi cam 2. Best pun ada risau pun ada. ISA beb!!! jgn men2. Kekadang aku terpikir jugak apa yang diorang semua dan aku sekali cari dalam hidup ini. Dunia atau akhirat??? Dua-dua penting. Orang kata dunia akan lari bila kita dekat dengan dia. Aku setuju dengan kata-kata tu. Macam duit. Sebenarnya kita tak pernah rasa cukup walaupun gaji kita tinggi mana pun ada saja tak kena. Nak beli itu nak beli ini. Semuanya teringin. Sebab itu Imam Ghazali pernah bertanya pada anak murid dia apa yang paling besar dalam dunia. Jawapan dia HAWA NAFSU. Tepat sekali jawapannya. Kita tak akan berdaya melawan nafsu sekiranya tak cukup ilmu di dada dan tak kuat iman. Sebab 2 ramai org tak puasa, pantang tengok perempuan lawa, pantang bagi makan, gaji tak pernah cukup dan sebagainya. Semuanya berpunca dari nafsu. Nafsu adalah musuh kita sebenarnya. Ramai rakan-rakan aku yang tak dapat kawal nafsu termasuk aku sendiri.haha...dah janji ngan aku nak keluar beli barang ni tup...tup... dia keluar dengan awek plak. Nak jaga hati awek lagi dari kengkawan. tp tak pe la. aku nak buat cam na kan. Adat dunia. Itu nafsu la 2. Nafsu dengan awek. Dengan awek boleh ringan-ringan kekadang berat-berat pun boleh. Dah tak boleh nak buat apa dah. Hidup ini kekadang rasa macam tak adil je.hehe...Tapi aku bersyukur apa yang aku ada sekarang. Apa yang ada ok lah. Buat apa nak tamak. Tuhan dah atur hidup camni kenapa kita nak pertikai. Aku senang dengan hidup aku skg. Alhamdulillah.


"Belajarlah untuk berkata cukup."

Thursday 12 June 2008

Gigiku Sakit Gila

salam bertemu lagi.

gigi aku masih lagi tak sembuh2. hari ini dah masuk hari ke 5. betapa peritnya sakit giginya Tuhan saja yang tahu. ditambah pula dengan presure. aku sebenarnya tak tahan presure. huhu...tapi nak buat camna dah memang lumrah aku kena hadapi semua ini.
Sekarang budak-budak rumah aku sudah mula tunjuk belang. Ada yang kaki perempuan, ada kaki club'in. nak ditegur dah besar2. yang tua pada aku pun ada tapi tak boleh nak fikir baik buruk. fikir nak seronok ja. mungkin family diorang ajar diorang cam 2 kot. kekadang terfikir jugak aku nak keluar dari rumah ni tapi memikirkan keadaan aku sekarang so terpaksa aku tangguhkan hajat aku. bukan apa aku nak keluar sebab aku dah kira sebagai bersubahat dengan diorang. tanggung dosa 2 beb!!!. aku tak kata diri aku baik aku mengaku aku pun jahat jugak tapi tak da la sampai tahap cam2. aku datang merantau sebab nak bela keluarga aku. aku tak ada apa yang dapat aku banggakan. aku belajar pun tak tinggi tapi atas bekalan nasihat mak ayah aku, bermodalkan budi bahasa Insyaallah semua berjalan lancar. macam-macam ragam dalam rumah sewa aku.PENGOTOR, PEMALAS, SELFISH, HOMESICK, mcm-mcm lagilah.
walau macamana pun aku kena lalui jgk benda-benda ni semua. aku yang pilih jalan hidup aku cam nie.kat office cara kat office kt rumah plak cara kt rumah plak. semua nak tunjuk ego masing-masing. ntah la.sampai bila pun tak tahu.


"Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah."

Monday 9 June 2008

Sebelum Cahaya

Lirik lagu dibawah ini membawa seribu satu makna dalam hidup aku.
setiap patah perkataan dan ayat-ayat dia memang best gila.
"touching" omputeh kata.



ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kekuatan hati yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta

ingatkan engkau kepada embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

ku teringat hati yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi engkau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

First timer

assalamualaikum...
salam sejahtera...
buat pertama kalinya aku dah mula berjinak2 dengan blog. bermula dgn blog di friendster dan sekarang aku mula buat blog sendiri.
beginilah salah satu cara aku meluahkan perasaan aku.
hidup aku kekadang tak tentu hala.kekadang ok kekadang tidak tapii nak buat camnakan dah semua diatur oleh Allah s.w.t.
aku redha apa yang berlaku.
sampai sini saja untuk hari ini.
Insyaallah berjumpa lagi dalam kiriman akan datang.

"Tak semua benda kita dapat pegang dan sentuh."